comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Suspek simbah asid 10 kedai kenderaan diburu

 

PULAU PINANG: Polis sedang memburu suspek kes menyimbah cat dan asid di sekurang-kurangnya 10 buah premis perniagaan di George Town, Pulau Pinang dengan tujuan memeras ugut pemiliknya.

Suspek dipercayai bertindak seorang diri dan mensasarkan kedai kenderaan motor baru dan terpakai di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima 12 laporan polis dari 2 Mei hingga hari ini, membabitkan 10 kedai menjual kenderaan baru dan terpakai.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong

43 buah kereta dan 18 buah motosikal pelbagai jenama terkesan akibat perbuatan itu dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM60,000.

Perbuatan suspek semakin menjadi-jadi apabila telah menggunakan cecair asid dalam tiga kes terbaharu yang dilaporkan setakat ini.

Berdasarkan siasatan awal dan semakan daripada rakaman kamera litar tertutup, suspek melakukan kegiatan itu di antara jam tiga petang hingga enam awal pagi.

Tambah ACP Soffian, suspek juga ada menghubungi mangsa dan mengugut akan melakukan perbuatan sama sekali lagi jika tidak dibayar sebanyak RM10,000.

Katanya, polis juga sedang menyiasat sama ada suspek yang sama terlibat dalam insiden melepaskan tembakan ke arah kedai menjual motosikal di Datuk Keramat malam semalam.

Loading...
Terkini