comscore
Tumpuan :
Jenayah

Syabu 499kg bernilai RM17.9 juta berjaya dirampas polis Kelantan

Sejumlah 499 kg dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM17.9 juta berjaya dirampas menerusi Op Wawasan disebalik pakaian terpakai di dalam sebuah van. – FOTO: NSTP

TANAH MERAH: Dadah jenis syabu seberat 499 kilogram berjaya dirampas oleh polis, Isnin lepas.

Dadah yang dianggarkan bernilai RM17.9 juta itu dijumpai di dalam sebuah van di tepi jalan Kampung Wan Ahmad, di sini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azman Ayob berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang suspek bertindak melarikan diri ke arah semak samun berhampiran dan meninggalkan van itu dalam keadaan enjin masih hidup.

 

Serbuan dijalankan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menerusi Op Wawasan.

Sejumlah 499 kg dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM17.9 juta berjaya dirampas menerusi Op Wawasan disebalik pakaian terpakai di dalam sebuah van. – FOTO: NSTP

“Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang van terbabit mendapati 13 guni putih berisi dadah jenis syabu disorokkan di dalam timbunan pakaian terpakai.

“Bekalan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram berdekatan sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran ke Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Loading...
Terkini