comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] PRU-15 : PDRM sahkan berlaku insiden kecoh di Tenom

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, berhubung kejadian itu.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (Pesuruhjaya Polis) Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sebuah kejadian rusuhan berlaku di Dewan DSP Antanom, Parlimen Tenom.

Kejadian difahamkan berlaku ekoran penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Datuk Peter Anthony dari parti itu, ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) yang bertugas. – BERNAMA

Loading...
Terkini