comscore
Tumpuan :
Jenayah

Taktik seludup daun ketum guna lori tangki simen terbongkar

Muhamad Zaki (kiri) bersama pegawainya menunjukkan lori tangki simen yang diisi 200 bungkusan hitam didalamnya selepas kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa pada sidang media di IPK Kelantan. – Foto: NSTP

Kota Bharu: Taktik licik sindiket menyeludup masuk daun ketum ke negeri ini menggunakan lori tangki simen tumpas selepas kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Susulan itu, dua lelaki membabitkan pemandu lori dan kelindan yang masing-masing berusia 28 tahun ditahan polis di Batu 6, Batu Melintang, Jeli, awal pagi semalam.

Operasi 4 pagi itu turut merampas 200 bungkusan hitam yang didalamnya berisi daum ketum membabitkan nilai keseluruhan RM20,000.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan itu dilakukan selepas pegawai dan anggota yang membuat Ops rondaan mendapati lori tangki simen berkenaan dalam keadaan mencurigakan apabila berlaku pergerakan awal pagi.

“Susulan itu, pegawai dan anggota polis menahan untuk pemeriksaan sebelum mendapati terdapat satu botol air ketum yang berada di bahagian kaki suspek.

“Pemeriksaan lanjut turut menemui 20 bungkusan daun ketum yang disorokkan di bahagian bawah tangki simen berkenaan. Polis Kita percaya bekalan terbabit dibawa dari utara untuk pasaran Kelantan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek juga positif dadah jenis Benzo.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 10 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Lori tangki simen berkenaan turut disita untuk siasatan lanjut. Ini kali kedua polis melakukan rampasan membabitkan lori tangki simen, kali pertama pada 2021,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini