comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tampal bendera Israel di premis makanan segera, suami isteri ditahan

Foto: NSTP

Oleh:  Nurul Amalina Zainudin

SEPANG: Sepasang suami isteri ditahan gara-gara mencemari sebuah premis makanan segera di Kajang dengan menampal bendera Israel.

Kedua-dua suspek yang berusia 20an ditahan awal pagi semalam, turut didapati positif dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata perbuatan itu dipercayai berkaitan dengan isu boikot ke atas beberapa perniagaan ekoran apa yang berlaku di Palestin.

Pasangan itu direman sehari, selain polis merampas kereta yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu untuk disiasat di bawah 504 Kanun Keseksaan dan 457 Kanun Keseksaan.

Sejak 28 Mei sehingga semalam, polis Selangor menerima laporan membabitkan tujuh kes, termasuk empat kes di Sungai Buloh dan dua kes di Petaling Jaya.

“Di Sungai Buloh dan Petaling Jaya, suspek telah menconteng premis perniagaan dengan perkataan jelik, manakala di Kajang suspek telah menampal pelekat bendera Israel,” katanya.

Polis akan menyiasat sekiranya suspek turut terlibat dengan kes-kes di Sungai Buloh dan Petaling Jaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini