comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tangkapan suspek dadah dilakukan mengikut undang-undang

Foto: Tangkap layar video tular di Twitter

KOTA KINABALU: Tangkapan seorang lelaki kerana disyaki memiliki dadah di kawasan pekan Inanam, tengah hari Jumaat lalu, dilaksanakan mengikut undang-undang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika proses tangkapan, suspek enggan memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri sambil menjerit-jerit.

“Dalam kejadian itu berlaku pergelutan antara pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dengan suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ACP Mohd Zaidi berkata, polis hanya melaksanakan proses tangkapan dengan kekerasan yang minimum untuk merebahkan dan menggari suspek.

“Tiada sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan sepasukan polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang bertindak agresif dan berlaku pergelutan menyebabkan polis merebahkan suspek sebelum menggarinya.

Loading...
Terkini