comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tembakan di KLIA: Isteri suspek mohon semua pihak rujuk kenyataan rasmi polis

SEPANG: Mangsa wanita yang terlibat dalam kejadian tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA 1 awal pagi tadi memaklumkan pihaknya enggan membuat sebarang kenyataan buat masa ini.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau berkata ia selepas menerima nasihat daripada peguamnya susulan suspek masih dalam buruan pihak polis.

“Saya menerima nasihat dari pihak peguam untuk tidak membuat kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu,” ujarnya dalam hantaran hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diminta merujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih berkenaan insiden terbabit.

Dalam kejadian kira kira jam 1.30 pagi tadi, mangsa yang berada di kawasan kejadian sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Ketika kejadian suaminya bertindak melepaskan tembakan ke arahnya namun ia mengenai pengawal peribadinya mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di perut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini