comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tergamak Dera Anak Angkat

FOTO: PDRM

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

AMPANG JAYA: Seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun hanya kerana membuang air besar di tilam dan tidak mahu makan.

Kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di daerah tersebut turut disaksikan adik ipar lelaki terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan sejak sebulan lalu sebelum dia melaporkan perkara itu kepada polis, semalam.

Suspek yang berusia 30 tahun itu dikatakan bertindak memukul kanak-kanak lelaki itu sejak sebulan yang lalu. Terbaru, dia melakukan perbuatan itu pada jam 7 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, adik ipar suspek yang berusia 19 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakaknya, berpunca apabila dia menegur mereka yang memarahi mangsa.

Menurutnya, wanita terbabit juga pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek.

“Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela. “Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 5 petang semalam,.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah. “Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Loading...
Terkini