comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tergamak pukul ibu kerana tidak kemas rumah

Foto hiasan.

PETALING JAYA : Gara-gara tidak puas hati dengan ibunya kerana tidak mengemas rumahnya, seorang lelaki bertindak memukul ibunya di Sungai Way, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, semasa kejadian suspek turut mengunci pintu hadapan rumah serta membaling barang-barang perhiasan ke arah ibunya, menumbuk muka, memijak badan di bahagian dada sebelah kiri ibunya.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 44 tahun kira-kira jam 2.40 petang Isnin lalu.

Hasil laporan, polis telah menahan suspek di Kampung Lindungan Sungai Way, Petaling Jaya jam 7.30 malam semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan dan kejadian berlaku pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau.

Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan

Loading...
Terkini