comscore
Tumpuan :
Jenayah

Terpedaya sindiket phone scam, penjawat awam hilang lebih RM150,000

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terpedaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 46 tahun menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar.

Menurutnya, suspek menyatakan kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi barangan peribadi.

Katanya, panggilan kemudian disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya dia terbabit dengan pengubahan wang haram dan boleh ditahan.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran dengan menggadaikan barang kemas miliknya di kedai pajak gadai bagi menyelesaikan kes terbabit.

“Mangsa kemudiannya mengikut arahan mereka dan membuat 34 transaksi dalam talian ke empat akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,600 sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini