comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tetak abang kandung kerana tidak bekerja 

Foto hiasan

AMPANG: Seorang lelaki bertindak menetak abang kandungnya gara-gara berang abangnya tidak bekerja sehingga terpaksa menanggung keluarga sendirian

Dalam kejadian 8.30 pagi, lelaki berusia 20 tahun menetak abangnya yang berusia 25 tahun menggunakan pisau sehingga mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pergaduhan dua beradik daripada salah seorang ahli keluarga mereka.

“Siasatan awal mendapati, mangsa bertengkar dengan suspek sehingga suspek bertindak mengambil sebilah pisau dan melibas ke arah kakinya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Ampang dan pegawai perubatan mengesahkan dia mengalami kecederaan luka torehan pada betis dan siku kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, polis menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori di Bandar Baru Ampang di sini, pada 9.50 malam hari sama.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau berukuran 30 sentimeter yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati motif kejadian itu berpunca daripada masalah kewangan sehingga suspek bertindak mengambil pisau dan melibas ke arah kaki mangsa,” katanya.

Katanya, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan dia akan direman bagi membantu siasaatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini