Tumpuan :
Jenayah

Tiga lelaki bergaduh pasal pemberian bantuan Deepavali

Foto hiasan

CHERAS: Tiga lelaki ditahan selepas mencetuskan pergaduhan di Perumahan Awam Sri Sabah, di sini, semalam.

Punca kejadian dikatakan suspek tidak berpuas hati dengan pemberian sumbangan Deepavali yang diterima.

Susulan pergaduhan itu, ketiga-tiga mereka yang berusia 26 hingga 36 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 21(2) Akta Polis 1967.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, kejadian pada 11.45 pagi itu dikesan sepasukan anggota yang sedang menjalankan tugas Operasi Jaga Aman Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali Komuniti Kuala Lumpur.

“Anggota ternampak tiga lelaki bergaduh di tempat letak kenderaan perumahan awam itu dan berjaya meleraikan pergaduhan mereka.

“Kesemua mereka kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati semua suspek tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau dan kertas siasatan sudah lengkap dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, tiga lelaki itu dijangka dituduh di mahkamah hari ini.

Loading...
Terkini