comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga pegawai polis dibuang kerja, seorang lagi digantung tugas terlibat Jenayah berat tahun lalu

KUCHING: Empat pegawai polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Kuching di Sarawak dikenakan tindakan tegas dengan tiga daripadanya dibuang kerja, manakala seorang digantung tugas tahun lalu, kerana terlibat dengan kesalahan berat yang menjejaskan imej pihak berkuasa itu.

Tindakan tegas diambil pihak pendtadbiran Polis Sarawak bagi mengelak masalah terbabit menular sehingga menjejaskan kepecayaan awam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner ACP Ashmon Bajah berkata,  selain empat pegawai terbabit, 21 lagi turut dikenakan tindakan tegas selepas didapati terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah antaranya rasuah, penyalahgunaan dadah  serta kesalahan syariah.

“Daripada jumlah itu empat adalah pegawai kanan polis, 20 anggota pangkat rendah manakala seorang lagi adalah kakitangan awam di IPD Kuching ini.

“Itupun kita masih dalam proses tindakan dan kita akan cadangkan sekerasnya-kerasnya sebagai peringatan untuk yang lain supaya tidak terlibat dengan perkara berkenaan”,  katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Dadah, Rasuah dan Akta Rahsia Rasmi peringkat IPD Kuching.

Tambahnya, 133 lagi turut dikenakan tindakan dan dimasukkan dalam program  intervensi pemulihan selepas mereka didapati terlibat dengan salah laku  dan pelanggaran displin dalaman.

Bagaimanapun jumlah terbabit adalah sebilangan kecil iaitu meliputi 23 peratus daripada keseluruhan seribu 78 pegawai dan anggota Polis yang berkhidmat di IPD berkenaan.

Loading...
Terkini