comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga Pelajar Dakwa Dipukul Senior

SEREMBAN: Tiga pelajar di sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di Nilai dekat sini mendakwa dipukul seniornya sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya menerima tiga laporan daripada pelajar tingkatan dua terbabit berhubung perkara itu semalam.

“Mereka mendakwa dipukul pelajar dipercayai Tingkatan 4 sehingga cedera di beberapa bahagian badan. Kesemua mangsa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sebagai pesakit luar.

“Sehubungan itu, kita telah mengenal pasti dua pelajar senior dipercayai boleh membantu siasatan dalam kejadian yang dilaporkan ini dan siasatan lanjut masih diteruskan sama ada masih ada lagi pelajar lain terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak memanipulasi kejadian berkenaan yang boleh menyebabkan kegusaran awam sehingga siasatan dilengkapkan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan, katanya. — BERNAMA

Loading...
Terkini