comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tipu jual beli emas, suri rumah rugi RM16,000

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Seorang suri rumah kerugian RM16,000 selepas menjadi mangsa penipuan transaksi jual beli emas.

Persuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata mangsa berusia awal 30-an itu terlebih dahulu pernah mengiklankan pencarian Dropship di laman sosial Facebook pada pertengahan Mei lalu.

Katanya, mangsa kemudian dihubungi oleh seorang wanita yang menyatakan minat untuk mencari pelangan yang ingin menjual atau membeli emas yang telah digadaikan ke kedai pajak gadai.

Mangsa melalui modal kewangan daripada kawannya telah melakukan 20 transaksi berjumlah RM16,000 kepada akaun suspek antara 1 Julai hingga 8 Julai bagi membuat tebusan emas kononnya dari kedai pajak gadai dan pembelian emas daripada pelanggan kepada suspek.

Pada 11 Julai melalui pos bas ekspress dari Miri ke Kuching, suspek telah menghantar barang kemas seberat 347.78 gram namun selepas diperiksa ketulenannya didapati ianya adalah emas palsu.

Mangsa yang menyedari dirinya ditipu kemudian membuat laporan polis.

Terdahulu, suspek turut memaklumkan tidak dapat menyerahkan kembali wang itu kerana telah digunakan untuk urusan lain.

Loading...
Terkini