comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tipu pelaburan RM1 bilion: Polis tubuh pasukan khas siasat ‘Datuk Wira’

Meiklejohn dari UK menunjukkan laporan polis dalam sidang media bersama Shah dan Amarjeet Singh. Foto: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR : Polis telah membuka kertas siasatan berhubung seorang lelaki bergelar ‘Datuk Wira’ yang didakwa menipu ratusan pelabur dengan kerugian dianggar mencecah hampir RM1 bilion.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata satu pasukan siasatan sudah ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

“Berkenaan tipu tu ya, itu kita akan siasat di bawah JSJK dan AMLA.Saya ada dapat tu daripada paper tu sendiri saya dah tengok, saya nampak ” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa ‘Datuk Wira’ itu dilindungi seorang ‘Tan Sri’ beliau berkata, perkara itu juga sedang disiasat.

“Bila maklumat yang bukan daripada kita keluarkan kita kena siasat yang bukan kita keluarkan kita nak sahkan adakah berita dan maklumat itu benar kalau dia boleh cakap juga dia boleh cakap Tan Sri lah ini memang Presiden Bush ke ataupun PM ke jadi kita perlu siasatlah”.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bukit Aman.

Semalam Pengerusi Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (MAPER) yang juga seorang mangsa, Shah Abdul Malek, mendakwa ratusan individu dan syarikat korporat menjadi mangsa kepada individu bergelar ‘Datuk Wira’ itu.

Difahamkan individu terbabit bersama seorang rakan perniagaannya yang bergelar Tan Sri turut menipu pegawai kerajaan, dan golongan profesional.

Dakwanya, setakat ini rantaian penipuan itu mencecah hampir RM1 bilion termasuk pelaburan yang dibuat oleh seorang usahawan dari United Kingdom berjumlah hampir RM60 juta.

Loading...
Terkini