comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tujuh nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan Kuala Terengganu

Bot membawa tujuh nelayan warga Vietnam yang ditahan. FOTO: Ihsan APMM Terengganu

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Tujuh nelayan warga Vietnam bersama sebuah bot yang menceroboh perairan Malaysia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Terengganu, Sabtu lepas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, bot dari Vietnam itu ditahan sekitar 135 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu dalam Operasi Op Naga Barat dan Kuda Laut.

Aset maritim telah mengesan sebuah bot yang mencurigakan itu sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan ketika dihampiri mereka bertindak untuk melarikan diri.

Namun kapal beroperasi bertindak pantas memintas bot berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran asing.

Bot berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati, tekong dan juga gagal mengemukakan dokumen lesen yang sah

Bot dan kesemua peralatan menangkap ikan serta 150 kilogram ikan campur termasuk 100 liter diesel dirampas dianggarkan bernilai RM1 juta.

Manakala semua kru termasuk tekong dihantar ke Maritim Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana tidak memiliki sebarang lesen dan permit kerja untuk melakukan pengoperasian penangkapan hasil laut di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Loading...
Terkini