comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tukang Rumah Rogol Pelajar Perempuan Ditahan

Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI: Lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan sudah ditahan polis di sebuah rumah di Kulim, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kira-kira 1 pagi.

“Hasil siasatan awal suspek mengaku yang dia melakukan hubungan seks dengan mangsa atas dasar suka sama suka namun kita masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Setakat ini, pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan tingkatan dua membuat laporan polis selepas dia yang terlalu mencintai teman lelaki berusia 19 tahun yang dikenalinya sanggup menyerahkan tubuh sebelum menyesali perbuatannya itu.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa kejadian berkenaan berlaku pada Mac lalu selepas teman lelaki baru sebulan dikenali melalui Facebook (FB) ke rumah neneknya di sebuah kawasan perumahan, di sini sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, mangsa yang rasa berasa bersalah dan dikhianati teman lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah itu akhirnya menceritakan kejadian terbabit kepada neneknya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini