comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tular, polis siasat lelaki rotan anjing 

Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul anjing di dalam kawasan sebuah rumah dipercayai menggunakan rotan. – FOTO: Tular/NSTP

JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat video tular seorang lelaki yang disyaki mendera seekor anjing peliharaan dalam kejadian di Taman Perumahan Johor Jaya di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 28 saat dan susulan laporan dibuat seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang mendakwa melihat kejadian seorang lelaki merotan seekor anjing.

“Video berdurasi 28 saat memaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharaannya tular di Facebook sejak semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di kawasan Taman Perumahan Johor Jaya kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Sohaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan kesederaan mengenai perlindungan terhadap haiwan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini