comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tuntuan palsu: Pengurus institut pusat latihan dan pemilik syarikat latihan keselamatan ditahan reman 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang pengurus institut pusat latihan dan pemilik syarikat latihan keselamatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah sekitar RM270,000.

Perintah reman selama  4 hari bermula hari ini sehingga 24 Februari 2024 dikeluarkan oleh  Majistret Aina Azahra Tun Ariffin selepas pihak SPRM membuat permohonan reman tersebut di Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur, pagi tadi.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki tersebut ditahan kira-kira jam 10 hingga 10.30 malam semalam melalui satu operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek melakukan kesalahan tersebut dari April hingga September 2023 dengan mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi melaksanakan latihan penyeliaan perkhidmatan sekuriti sedangkan peserta latihan tidak hadir sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini