comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Ustaz’ buat kenyataan fitnah, ugutan terhadap PM ditahan polis

Oleh: Kumaran Rajamoney

JITRA: Seorang ustaz ditahan polis atas kesalahan mengeluarkan kenyataan fitnah dan ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan penahanan terhadap Ustaz Shafie Arshad dibuat semalam, selepas pihaknya menerima laporan berhubung satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook.

“Laporan diterima dari seorang lelaki yang mengatakan telah melihat satu paparan tangkap layar komen dalam aplikasi Whatsapp.

“Setakat semalam, kami menerima lima laporan berhubung paparan ini. Siasatan kes ini telah diambil alih Unit Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman ,” katanya.

Suspek yang bertugas di Maktab Mahmud Kulim itu katanya direman selama empat hari sehingga 4 Disember ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000.

Loading...
Terkini