comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] 3 lelaki rompak, larikan barang kemas dari kedai emas di Sepang

Tiga suspek memakai topi keledar dipercayai merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Sepang, semalam. FOTO: Tangkap layar video tular di Banting Kini / Facebook

PUTRAJAYA: Tiga penjenayah bertindak merompak dan berjaya melarikan sejumlah barang kemas dari sebuah kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang di sini, malam tadi.

Suspek didakwa memasuki premis dengan memakai topi keledar dan jaket lengan panjang sebelum mengambil masa beberapa minit sebelum melarikan diri.

Kejadian itu bagaimanapun tular di media sosial apabila orang ramai sempat merakam video kejadian itu.

Rompakan membabitkan premis yang terletak di bahagian aras bawah pasar raya berkenaan.

Salah seorang pengguna media sosial dikenali Eirul NeiRule Akmar berkata, individu yang merakam kejadian itu bukan hanya merakam kejadian malah turut menghubungi pihak polis.

Seorang lagi netizen, H R Marhaen meluahkan rasa syukur berikutan tiada kecederaan membabitkan orang awam dalam kejadian rompakan itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang dihubungi mengesahkan kejadian berlaku pada jam 8.15 malam.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi kelak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini