comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Anggota JPJ cedera dirempuh penunggang motosikal 

 

PUTRAJAYA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya (SJR) di kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson jam 11 pagi tadi.

Penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR itu dipercayai cuba mengelak dari SJR yang sedang dijalankan di lokasi kejadian.

JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan hasil siasatan mendapati penunggang terbabit mempunyai dua senarai masih aktif.

Justeru tindakan telah diambil di bawah Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Lesen kenderaan motor(LKM) penunggang itu juga sudah tamat tempoh pada 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten(CDL).

Penunggang tersebut juga telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Loading...
Terkini