comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Penjawat awam antara 978 individu ditahan berkaitan dadah

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Empat penjawat awam terdiri daripada seorang pegawai penjara, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang kakitangan kesihatan daerah antara 978 individu yang ditahan berkaitan dadah.

Tangkapan berkenaan dibuat menerusi Operasi Tapis Bersepadu dan Operasi Tapis Khas itu di seluruh Kelantan sejak 1 Mac sehingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata menerusi tangkapan berkenaan juga pihaknya merampas pelbagai jenis dadah termasuk pil yaba membabitkan nilai keseluruhan lebih RM378,000.

FOTO: NSTP

Katanya, kesemua suspek yang ditangkap berusia 15 hingga 91 tahun membabitkan empat penjawat awam, 884 warga tempatan, 94 warga asing dan seorang pelajar sekolah iaitu pelajar Tingkatan Empat.

“Empat penjawat awam terdiri daripada dua anggota JPJ, seorang pegawai penjara dan seorang kakitangan jabatan kesihatan daerah.

“Tangkapan membabitkan penjawat awam dilakukan di Machang, Pasir Mas dan Gua Musang.

“Kesemua suspek yang ditahan atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut menyita kenderaan, barang kemas dan wang membabitkan nilai keseluruhan lebih RM72,000.

“Jumlah dadah yang dirampas itu sekiranya berjaya diedarkan, boleh digunakan seramai 34,290 orang penagih,” katanya.

“Setiap kali Ops Tapis dilakukan, sentiasa ada tangkapan membabitkan penjawat awam. Namun ini tangkapan pertama membabitkan pelajar sekolah dan pelajar berkenaan juga positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini