comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Wanita Uganda mengaku salah melacur, tinggal lebih masa

FOTO: NSTP

MUAR: Seorang wanita warga Uganda dihadapkan di Mahkamah Majistret Muar, Johor hari ini atas dua pertuduhan termasuk melakukan aktiviti persundalan di sebuah hotel di bandar ini, Selasa lalu.

Tertuduh, Nansubuga Catherine, 30, berdepan dua pertuduhan membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca  di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), dia didakwa tinggal lebih masa selepas pasportnya tamat pada 3 Jun 2017.

Hukuman bagi seksyen ini turut dibaca bersama Seksyen 15 (4) akta sama, iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Makamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan mengarahkan tertuduh dipenjara lima bulan, jika gagal membayarnya.

Tertuduh berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Muar pada 11.55 malam, 16 Januari lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 dan boleh dipenjara sebulan, jika gagal membayarnya.

Loading...
Terkini