comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Wang Bantuan Awal Persekolahan RM100,000 lesap dilarikan penjenayah

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Wang Bantuan Awal Persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor lesap, apabila dilarikan penjenayah siang tadi.

Wang berkenaan baru sahaja dikeluarkan oleh pengetua sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

 

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, pengetua berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan  dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

Sejurus mengeluarkan wang berkenaan, dia menuju ke arah kenderaannya yang terletak kira-kira 30 meter dari bank.

Difahamkan wang berkenaan diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan.

Dia kemudian ke kedai makanan bersebelahan bank untuk membeli minuman.

Namun sebaik tiba semula di kenderaannya, didapati cermin penumpang telah pecah dan wang telah hilang.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini