comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita ditahan di kandang lembu bersama RM182,000 dadah

FOTO: PDRM

PASIR PUTEH: Seorang wanita ditahan bersama dadah bernilai RM182,000 di Kampung Lembah, Cherang Ruku, di sini, semalam.

Dalam kejadian 2.10 petang itu, wanita berusia 37 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di bangsal kayu di kandang lembu kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, polis turut menemui 80 botol berisi serbuk putih disyaki heroin dianggaran 400 gram dan pil-pil dipercayai jenis Yaba dengan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM182,000.

“Ujian air kencing ke atas wanita itu didapati negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini