comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita menyamar peguam tipu ‘anak guam’ RM191,250

Foto hiasan

RAUB: Polis menahan wanita menyamar peguam dan menipu seorang individu membabitkan wang tunai RM191,250 semalam.

Mangsa terbabit yang juga wanita mendakwa diperdaya suspek meminta bayaran itu kononnya bagi menyelesaikan satu kes mahkamah yang dihadapi mangsa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, hasil soal siasat terhadap suspek, polis merampas dua telefon bimbit dan sekeping kad ATM.

“Telefon bimbit dan kad ATM itu disyaki digunakan untuk memperdaya mangsa bagi menyerahkan wang konon bagi tujuan bayaran perkhidmatan guaman untuk kes yang dihadapi oleh mangsa.

“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berkaitan laporan penipuan dan penyamaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Loading...
Terkini