comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita OKU dicabul kekasih adik 

AMPANG JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai pencuci kolam kerana disyaki mencabul wanita berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)  dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Isnin lalu.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu diajak suspek yang juga teman lelaki adiknya untuk pergi bersiar-siar menaiki motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, suspek kemudian membawa mangsa balik
sebelum mencabulnya di kawasan tangga di belakang lif pangsapuri berkenaan.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang berlaku kepada adiknya yang juga teman wanita kepada lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru susulan laporan yang dibuat, polis menahan suspek berusia 38 tahun Rabu lalu kerana disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Suspek berkerja sebagai pencuci kolam, hasil pemeriksaan telefon pintar suspek juga mendapati suspek menyimpan gambar dan video lucah.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif penggunaan dadah namun suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini