comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita warga emas kerugian RM140,000 terjerat Macau Scam

Foto Hiasan

MANJUNG: Seorang warga emas kerugian RM140,000 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 66 tahun, jam 12.21 tengah hari semalam.

Katanya, mangsa seorang wanita yang tidak bekerja menerima panggilan telefon daripada penjenayah sejak Oktober tahun lalu dengan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis bernama Puan Rohani.

“Penjenayah mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan akan ditangkap.

“Mangsa diminta memindahkan wang dalam akaun Tabung Haji ke akaun bank milik mangsa, sebelum memberikan butiran akaun bank kepada penjenayah.

“Penjenayah seterusnya memindahkan wang mangsa ke akaun bank yang tidak dikenali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menyemak akaun banknya semalam dan mendapati wang simpanan berkurangan.

Loading...
Terkini