comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga asing ditahan, cuba rasuah polis

Foto hiasan

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas dikatakan cuba merasuah sebanyak RM70 agar tidak dikenakan tindakan kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Suspek berusia 41 tahun bertindak sedemikian ketika ditahan di Jalan Pantai, di sini, jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata anggotanya terserempak suspek dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan cegah jenayah.

Beliau berkata, polis kemudian memperkenalkan diri dan meminta suspek menunjukkan lesen memandu.

“Namun, suspek tiba-tiba mengeluarkan wang RM70 agar dia tidak dikenakan tindakan saman.

“Walaupun sudah diberi amaran agar menghentikan perbuatannya, suspek berulang kali mendesak dengan cara menghulurkan rasuah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru, Ismail berkata, suspek akhirnya ditahan atas kesalahan menawarkan rasuah kepada penjawat awam yang menjalankan tugas.

“Suspek bekerja di sebuah kedai runcit itu diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini