comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga emas jadi mangsa ‘scam’, rugi lebih RM200,000

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang warga emas kerugian RM205,990 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, wanita berusia 70 tahun dari Temerloh itu tertarik menyertai skim pelaburan terbabit pada 13 Mac lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya membuka akaun permulaan berjumlah RM2,000 dengan menyertai pelaburan saham terbabit bermula dari 17 April hingga 21 April lalu.

“Siasatan mendapati sebanyak 11 transaksi dibuat ke akaun yang berbeza yang menyebabkan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM205,990.

“Sumber kewangan terbabit adalah wang simpanan peninggalan mendiang suaminya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes terbabit, Ramli menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Loading...
Terkini