comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga emas kerugian RM178,000 terpedaya pelaburan tak wujud

 

SEREMBAN: Seorang wanita warga emas kerugian RM178,000 selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa dikatakan diperdaya seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai dermawan terkenal.

“Kira-kira jam 10 pagi tadi, Balai Polis Mantin terima satu aduan daripada seorang wanita warga tempatan berusia 70-an mengenai kejadian.

“Mangsa menyatakan pada 15 November 2023, dia menerima satu pesanan ringkas dari nombor telefon tidak dikenali yang mengaku sebagai seorang dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

“Mangsa membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke akaun yang diberikan oleh suspek,” menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian menyedari ditipu selepas gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan yang dibuat atas alasan akaun pengadu dibekukan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Nilai membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini