comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga emas rugi RM115,000 diperdaya pelaburan Bitcoin

Foto hiasan

PORT DICKSON: Seorang wanita tempatan berusia sekitar 60-an rugi RM115,000 selepas terpedaya dengan pelaburan Bitcoin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pada 26 Januari lalu, jam 5.34 petang, pihaknya melalui Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah menerima aduan seorang wanita tempatan berusia 60-an menyatakan ditipu dalam urusan pelaburan Bitcoin.

“Mangsa yang juga seorang suri rumah mengatakan berurusan melalui aplikasi Whatsapp dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Wong How Dong berkenaan pelaburan Bitcoin iaitu platform Accerx yang menjanjikan pulangan lumayan melalui iklan di laman Facebook.

“Mangsa sudah membuat enam transaksi permindahan yang secara dalam talian kepada Lima akaun yang berbeza dari tarikh 19 Disember 2023 sehingga 12 Januari 2024 dengan keseluruhan RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, dia menggunakan wang simpanan bagi tujuan pelaburan dengan harapan memperolehi keuntungan berganda.

“Mangsa yang sedar sudah terpedaya terus hadir ke Balai Polis Daerah Port Dickson untuk membuat laporan polis berkenaan penipuan pelaburan Bitcoin yang dialaminya,” ujarnya.

Aidi Sham berkata, kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa Skim Pelaburan atau Skim Cepat Kaya bagi mengelakan menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai terutamanya warga emas harus lebih waspada kerana Kes penipuan seperti ini memang wujud dengan mensasarkan warga emas atau pesara kerajaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini