comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga Emas Rugi RM400,000 Diperdaya ‘Parcel Scam’

Perkenalan  seorang warga emas dari Port Dickson dengan seorang wanita di laman sosial sejak Jun tahun lepas, membawa padah kepadanya apabila beliau kerugian kira-kira RM400,000 akibat diperdaya sindiket parcel scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, pesara lelaki berusia 78 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Velostin Tina, dari Amerika Syarikat di Facebook.

Menurut Aibee, mangsa dijanjikan kiriman bungkusan dipercayai wang bernilai lebih RM6 juta (1.5 juta USD), yang akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier ke negara ini.

“Wanita itu berjanji akan datang ke Malaysia dan memberi 30 peratus daripada wang itu kepada mangsa. Dalam proses untuk mendapatkanbungkusantersebut, mangsa telah membayar beberapa kos kastam dan cukai ke lima akaun bank yang berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata lelaki berkenaan berasa ditipu setelah diminta untuk membayar sebanyak RM479,250 lagi kepada wanita itu, sedangkan bungkusan yang dijanjikan masih belum diterima.

Aibee berkata, mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.–BERNAMA

Loading...
Terkini