comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga Pakistan ditahan, cuba sogok pegawai dan anggota polis trafik

MERSING: Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan kerana cuba menyogok pegawai dan anggota polis yang menahannya dalam satu operasi membanteras samseng jalanraya, di jalan Datuk Mohd Ali, dekat sini. pagi tadi.

Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit yang menunggang sebuah motosikal diminta mengemukakan kad pengenalan dan lesen memandu ketika ditahan.

Sebaliknya lelaki terbabit telah mengeluarkan pasport berwarna hijau dipercayai pasport negara Pakistan dan mengaku tidak memiliki lesen memandu motosikal.

“Lelaki itu cuba menawarkan wang yang diletakkan di dalam pasport sebagai sogokan agar tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana memandu tanpa lesen.” katanya.

Susulan itu anggota polis bertindak merampas wang sogokan berserta pasport dan telah menahan lelaki terbabit sebelum dibawa ke Balai Polis Mersing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kes berkenaan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Lelaki itu turut dikenakan saman kerana memandu motosikal tanpa lesen kelas B2.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini