comscore
Tumpuan :
Jenayah

Waspada taktik godam telefon dengan kiriman jemputan perkahwinan – Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan penyebaran mesej jemputan perkahwinan menerusi fail aplikasi (APK) yang akan menyebabkan telefon pintar digodam.

Menerusi satu kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan penjenayah dikesan menggunakan modus operandi dengan melakukan penggodaman telefon pintar dengan tujuan mencuri data dan mengakses makkumat kewangan.

“Antara taktik yang dikesan masih aktif digunakan sejak pertengah tahun lalu ialah penyebaran kad jemputan kahwin digital melalui fail APK yang bersamanya ditanam perisian hasad atau Malware.

“Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mesej jemputan perkahwinan berkenaan biasanya dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa,” katanya.

Menurutnya, sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi berkenaan penjenayah akan memperoleh akaes penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari.

“Akses ini akan membolehkan penjenayah untuk mencuri data milik mangsa malah akan mengakibatkan kerugian wang ringgit.

“PDRM percaya taktik ini menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi,”katanya.

Katanya, justeru itu orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak memuat turn sebarang fail aplikasi (APK) yang diterima.

“Adalah dinasihatkan sebarang muat turun fail ke telefon pintar hanyalah dilakukan melalui platform yang selamat seperti google play dan app store sahaja,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini