comscore
Tumpuan :
Kemalangan

1 maut 2 parah dalam nahas 3 kenderaan

FOTO: Ihsan JBPM

Oleh Baharuddin Mohamed 

MELAKA: Seorang maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan dua lori di Kilometer 179.3 Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Jasin menghala ke Plaza Tok Tangkak, Johor, pagi tadi.

Ia nahas kedua di kilometer sama, namun membabitkan arah berbeza, kira-kira lima jam sebelum kemalangan bas ekspres dengan treler yang menyebabkan 16 penumpang cedera.

FOTO: Ihsan JBPM

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Iskandar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 9.35 pagi.

Sejurus tiba di tempat kejadian pada jam 9.57 pagi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Mercedes Benz dinaiki empat lelaki dengan sebuah lori tiga dan satu tan.

FOTO: Ihsan JBPM

“Seorang mangsa berusia 59 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak petugas kementerian kesihatan.

“Dua lagi mangsa parah dan dihantar ke Hospital Tangkak, Johor menaiki ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FOTO: Ihsan JBPM

Seorang lagi mangsa berusia 37 tahun tidak cedera.

Katanya, sembilan anggota dari BBP Jasin Bestari termasuk tiga anggota EMRS terbabit dalam operasi menyelamat yang selesai pada jam 11.39 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ujarnya kes masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini