comscore
Tumpuan :
Kemalangan

3 maut, 5 cedera kereta bertembung van

Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah van di Jalan Sungai Sayong, Simpang Renggam di Kluang Johor.

KLUANG: Tiga maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dengan sebuah van di Jalan Sungai Sayong, Simpang Renggam di sini lewat petang tadi.

Menurut maklumat awal dikeluarkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Khairul Rosli, 17 dan Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal, 20.

Kedua-dua mangsa masing-masing adalah pemandu dan penumpang belakang kereta berkenaan.

Difahamkan, seorang lagi penumpang hadapan kereta, Muhammad Haziq Kamarul Azhar, 17, juga maut selepas dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

Seorang lagi penumpang belakang kereta yang tidak dapat dikenal pasti identitinya telah dikeluarkan oleh orang awam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam berkata, sebuah jentera FRT bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 4.29 petang.

“Empat mangsa tersepit di dalam kereta Proton Wira dengan dua daripadanya iaitu di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang kereta telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bomba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan memotong manakala seterusnya empat mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulan KKM.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Loading...
Terkini