comscore
Tumpuan :
Kemalangan

6 Kru Helikopter Terhempas Di Brinchang Dilaporkan Selamat

BRINCHANG: Kesemua enam penumpang serta juruterbang sebuah helikopter yang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands jam 1:15 tengah hari tadi dilaporkan selamat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, maklumat awal yang diterima daripada mangsa memaklumkan bahawa terdapat tiga daripada mereka telah mengalami kecederaan.

Bagaimanapun maklumat berkaitan tahap kecederaan yang dialami mereka masih belum diperolehi.

Difahamkan, lima penumpang helikopter terbabit adalah pegawai perubatan termasuk seorang doktor.

Dalam kejadian itu, helikopter terbabit yang dinaiki mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

Jelasnya, ketika ini pasukan penyelamat masih sedang mengesan lokasi kejadian.

Loading...
Terkini