comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua Anggota PGA8 Maut, Kereta Langgar Belakang Lori

RANTAU PANJANG: Dua anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) terbunuh selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, dalam kejadian jam 4.25 pagi itu, kereta kedua-dua mangsa yang berasal dari Sarawak dipercayai melanggar bahagian belakang lori yang diparkir di tepi jalan.

“Mangsa, Jerry Layong Anak Nyalin, 32, dan Juna Anak Jembat, 39, meninggal di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM) untuk dibesah siasat.

“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di jalan lurus dan tidak sesak namun dalam keadaan basah akibat hujan selain tiada saksi awam,” katanya dalam satu kenyataan .

Mohd Nasaruddin berkata, keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan berkaitan kejadian itu dan pihak pentadbiran PGA8 sedang menguruskan kebajikan mangsa.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini