comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua kereta terbakar di Pusat Komuniti Lembah Pantai

Dua kereta terbakar berhampiran Pusat Komuniti Lembah Pantai. – Foto ihsan Bomba

KUALA LUMPUR: Dua kereta yang diparkir berhampiran Pusat Komuniti Lembah Pantai, Jalan Lembah Pantai di sini, musnah terbakar, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur yang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengah hari, menggerakkan sepasukan 11 anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 KUP, Salmi Abdul Mukti, berkata kebakaran membabitkan dua kereta, masing-masing jenis Honda Jazz dan PERODUA Viva.”Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.51 tengah hari menggunakan dua aliran salur bantu mula sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Kereta jenis Honda Jazz musnah seratus peratus manakala PERODUA Viva musnah 50 peratus.”Kejadian tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Salmi, selepas operasi memadam kebakaran selesai, operasi seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- Berita Harian

Loading...
Terkini