comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua maut kereta bertembung bas

Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam nahas membabitkan dua lelaki maut di Kampung Bendang Pauh, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, jam 5 pagi tadi. – Foto: Ihsan bomba

PASIR MAS: Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan kereta dan bas ekspres di Kampung Bendang Pauh, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, di sini, jam 5 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Pasir Mas dan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.

Foto: Ihsan bomba

“Mangsa pertama tercampak keluar daripada kereta manakala pemandu tersepit di dalam kenderaan’.

“Pasukan penyelamat menggunakan peralatan alat pemotong untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Foto: Ihsan bomba

Mangsa dikenali sebagai Mohd Yusairie Osman, 38 dan Abdul Majid Hamid, 37.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

Foto: Ihsan bomba

Mohd Zulkifli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERITA HARIAN

 

Loading...
Terkini