comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua maut, tiga cedera dalam kemalangan dua kereta

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Taman Lembah Padang, tengah malam tadi. – Foto: Ihsan JBPM

MUAR: Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Taman Lembah Padang, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Misholifadzil Mohammad, berkata pihaknya dimaklumkan kejadian pada 12.59 tengah malam dan sembilan anggota bersama jentera bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pihak bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta Proton Saga BLM dan Proton Wira.

“Terdapat lima mangsa tersepit dan dua disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dan mereka yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi tamat pada 2.25 pagi. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini