comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua pemandu maut, nahas dua lori bertembung

TELUPID: Dua pemandu maut selepas lori dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Telupid berhampiran Kampung Bauto, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, panggilan kecemasan tentang kejadian diterima pada jam 10.25 pagi.

“Nahas melibatkan sebuah lori muatan kayu balak yang bertembung dengan sebuah lagi lori treler.

“Kedua-dua pemandu lelaki yang cedera kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian, dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini