comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua warga asing maut nahas tiga kenderaan

FOTO: Ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Dua lelaki warga asing maut dalam nahas tiga kenderaan di jalan Bukit Beruntung – Bukit Sentosa, berhampiran Plaza Tol Bukit Beruntung, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.10 malam.

“Menurut laporan awal, nahas membabitkan sebuah lori tangki, kereta Hyundai Accent yang rosak di tepi jalan dan motosikal Demak EX90.

FOTO: Ihsan Bomba

“Dua mangsa berusia lingkungan 40-an yang menaiki motosikal disyaki terperosok di bawah lori tangki dan disahkan maut oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini