comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Enam cedera kenderaan dihempap pokok

KUALA LUMPUR: Enam orang cedera selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.07 petang tadi.

 

“Seramai 18 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

FOTO: Ihsan Bomba

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat empat kenderaan masing-masing sebuah kereta BMW, kereta Nissan, kereta Perodua Myvi dan sebuah motosikal dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat serta angin kencang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan empat sekeluarga yang menaiki kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan serta trauma, manakala dua lagi mangsa yang menunggang motosikal mengalami bengkak kaki dan luka.

FOTO: Ihsan Bomba

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

“Anggota bomba bertugas sedang memotong dan mengalihkan pokok terbabit bagi membuka laluan yang terhalang.

“Operasi itu turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysi (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Loading...
Terkini