comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kakitangan hospital maut langgar lori

Penunggang motosikal maut melanggar belakang lori di atas Jambatan Seri Saujana, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh belakang lori yang sedang menjalankan kerja pembersihan di atas Jambatan Seri Saujana menghala Jalan Sentosa hari ini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata kejadian berlaku pada 3.05 petang.

Beliau berkata, mangsa ialah kakitangan Hospital Putrajaya, Muhammad Aimanhafiz Ab Wahab, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini