comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Kanak-kanak maut dihempap tiang elektrik

Oleh Kumaran Rajamoney

BUKIT KAYU HITAM: Seorang kanak-kanak maut selepas dihempap tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang melibatkan 3 orang mangsa berusia lingkungan 11 tahun.

“Kesemua mangsa dipercayai sedang bermain di tepi jalan, dimana kawasan tiang elektrik diletakkan.”

FOTO: JBPM Negeri Kedah

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dengan bantuan jengkaut sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian. Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.”

Dua lagi mangsa turut dikeluarkan oleh orang awam, dengan seorang daripadanya tidak sedarkan diri.

“Kedua-dua mangsa yang terselamat telah dirujuk ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.”

FOTO: JBPM Negeri Kedah
Loading...
Terkini