comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kanak-Kanak Maut Kemalangan Dua Kereta

Lokasi kejadian kemalangan dua kereta di Iskandar Puteri, malam tadi.

ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak sembilan tahun maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki bersama tiga ahli keluarga terbabit kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Jalan Ismail Sultan, East Ledang di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Nazran Omar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.44 malam.

Katanya, S K Chiara Dakhshakanya meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat yang lain termasuk pemandu Toyota Avanza mengalami kecederaan.

“Terdapat empat orang mangsa di dalam Toyota Vios dengan seorang daripada mereka iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tersepit di tempat duduk belakang.

“Mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Nazran, pemandu Toyota Vios, N Rajendran, 45 mengalami kecederaan parah.

“Manakala dua lagi penumpang iaitu B Patricia Puvaneswary, 45, dan seorang remaja perempuan, S K Cllarissa Mathumitha David, 14, cedera ringan.

“Sementara itu, pemandu Toyota Avanza, Goh Rong Hao, 22 turut mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.

“Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini